Beberapa faktor perlu diambil kira untuk memulakan perniagaan burger.
1.Modal
Modal untuk memulakan perniagaan burger biasanya di bawah RM1000. Dengan RM1000, kita boleh dapat peralatan buger, menu dan stok awal dengan bertemakan pasar malam. Pakai khemah atau payung dan meja lipat. Bagi yang inginkan kesempurnaan untuk memulakan perniagaan buger, modal yang layak diperuntukkan ialah RM5 ribu. Dengan modal RM5 ribu, kita boleh membeli stall stainless steal, freezer, generator, menu, peralatan burger dan stok awal.2.Lokasi
Pemilihan lokasi adalah amat penting dan mestilah berdasarkan laluan yang strategik. Contohnya di kawasan taman, 7-Eleven, jalan masuk dan lain-lain lagi.Tidak digalakkan untuk memulakan perniagaan burger dikawasan yang lebih dari 5 peniaga burger.Sebagai contoh di kawasan Bintang, Seksyen 7. Lebih dari 10 peniaga buger yang bertumpu di kawasan ini. kesannya akan dapat dilihat melalui jualan dan keuntungan.3.Menu dan Harga
Harga adalah faktor utama untuk menarik pelanggan datang membeli burger. Menu yang menarik dan kreatif akan memberi lebih daya tarikan kepada pelanggan kita. Biasanya, kita mesti membuat perbandingan harga dengan peniaga burger yang lain sebelum kita memulakan perniagaan burger. Adalah digalakkan untuk membuat perbandingan harga lebih dari 5 peniaga buger. Selain dari tu, harga biasa yang selalu peniaga burger gunakan ialah harga genap seperti RM 2.40, RM 2.60 atau RM3.00. Jika kita menggunakan harga ganjil, dinasihatkan untuk menyediakan duit syiling yang lebih.
4.Pembekal
Pembekal juga merupakan salah satu faktor yang penting untuk memulakan perniagaan burger. Pengedar barangan burger adalah amat terhad di sesetengah kawasan khasnya di luar bandar. Biasanya roti burger paling susah untuk diperolehi semasa menjalankan perniagaan burger. Di antara pembekal yang selalu jumpa ialah WanMart seksyen 17, Iwani, dan lain-lain lagi.
5.Peralatan
Senarai peralatan peniaga burger yang selalu digunakan:
- Griddle (kuali leper)- dapur- tray- botol sos- scrapper- smasher- tab atau balang mayonis- tab atau balang majerin- lampu kalimantang- frame- pisau- chopping board- gutter- bekas untuk sayur.
- Griddle (kuali leper)- dapur- tray- botol sos- scrapper- smasher- tab atau balang mayonis- tab atau balang majerin- lampu kalimantang- frame- pisau- chopping board- gutter- bekas untuk sayur.
Untuk mengetahui dengan lebih terperinci bagi memulakan perniagaan burger, bolehlah cuba dapatkan PANDUAN JANA 5 ANGKA SEBULAN DENGAN BISNES BURGER.
No comments:
Post a Comment