Terdapat pelbagai kekangan untuk memulakan perniagaan dari segi faktor modal dan pengetahuan. Opsyen yang paling baik ialah dengan memulakan perniagaan kecil di tepi jalan.
Walaupun kedengaran agak kolot dan memalukan, percayalah bisnes ini paling mudah
untuk berjaya dan mengkayakan kita.Memetik kata-kata motivator Indonesia, Purdi E. Chandra
“Kenapa malu untuk berusaha kecil? Perusahaan kecil itu tidak menyusahkan bahkan lebih mudah
sukses”.
Perniagaan kecil di tepi jalan adalah opsyen yang selamat jika dibandingkan dengan bisnes lain
yang lebih besar sudah tentu kerana modalnya lebih rendah. Anda tidak perlu mengusung kertas
kerja kehulur dan kehilir untuk memohon pinjaman beratus ribu ringgit. Dan jika cubaan bisnes anda ini tidak menjadi pastinya nilai kerugian juga lebih kecil. Memang, perniagaan sememangnya berisiko
untuk rugi, tetapi orang yang bijak ialah orang yang boleh mengawal saiz kerugiannya. Untuk mereka
yang baru sahaja berjinak-jinak dengan alam bisnes, memang mengesyorkan bisnes jalanan.
Dari segi pengurusan juga adalah lebih mudah. Bisnes adalah kesemuanya tentang sistem dan
pengurusan. Apatah lagi dalam bisnes makanan hari ini yang penuh dengan pelbagai cabaran.
Pelbagai isu melanyak kita sehari-hari. Ada yang berpendapat dalam bisnes makanan, faktor utama
kejayaan ialah rasa makanan yang lazat. Jika lazat makanannya maka berjayalah perniagaannya.
Ternyata pendapat itu salah! Faktor utama kejayaan bisnes makan ialah pengurusan
dan bukannya rasa yang lazat. Rasa produk adalah faktor kedua dan bukan faktor utama. Anda
mungkin tidak bersetuju dengan kenyataan ini. Namun, itulah hakikatnya.
Bisnes burger tepi jalan tentulah lebih mudah dan lebih cekap
diurus berbanding restoran burger. Bukan bermaksud anda tidak boleh buka restoran burger, namun
latih dulu diri anda untuk mengurus sesuatu yang kecil sebelum mengurus yang besar kerana risiko
yang bakal ditanggung sangat besar.
Antara kelebihan lain bisnes burger tepi jalan ialah:
1. Tidak perlu membayar sewa yang tinggi
2. Tidak perlu pekerja yang ramai
3. Boleh membuka cawangan dengan lebih cepat berbanding restoran
4. Kos overhead yang lebih rendah
5. Tauke tidak perlu berada di gerai sepanjang operasi bisnes
6. Boleh menjadi bisnes ala francais dengan mudah
7. Senang untuk bertukar lokasi bisnes jika lokasi asal tidak memberangsangkan
8. Lebih mudah dimulakan
KAMI PENGELUAR/PEMBEKAL ROTI BURGER PELBAGAI JENIS TERMASUK ROTI PELBAGAI WARNA(CRAYON) MENERIMA TEMPAHAN DAN MENYEDIAKAN KHIDMAT PENGHANTARAN BAGI MEMENUHI KEPERLUAN DAN KEHENDAK PELANGGAN. PM@WHATSAPP:- 0139466419
ReplyDelete