Bisnes Burger Tepi Jalan di Malaysia

Bisnes Burger Tepi Jalan di Malaysia

Satu-satunya negara pelik di dunia, terdapat gerai-gerai kecil menjual burger tepi jalan di waktu malam. Perkara ini tidak berlaku di negara lain. Cuma di Indonesia fenomena ini baru sahaja bermula. Itu pun hanya beroperasi waktu siang sahaja.



Pada tahun 2010 sebuah stall burger di Ampang pernah memenangi anugerah 10 burger terlazat di dunia. Dan diantara kesepuluh pemenang itu tiada satu pun wakil burger dari McDonald’s atau Burger King. Ini adalah sesuatu yang sangat bagus. Satu budaya makan rakyat Malaysia yang harus dimanfaatkan oleh usahawan-usahawan yang betul-betul ingin menerokai perniagaan burger.

Namun perniagaan burger tepi jalan hendaklah dilakukan secara serius. Kerana hampir 80% peniaga burger di negara ini tidak serius menjalankan bisnes burger mereka. Dan anda sendiri boleh lihat jikalau mereka itu serius ataupun tidak. Ini kerana mereka tidak menyedari bahawa bisnes burger sebenarnya sangat berpotensi.

Walaupun sekadar berniaga burger tepi jalan, kita seharusnya berasa bangga dan berusaha memajukan bisnes dengan sehabis baik. Menguruskan bisnes dengan sistem yang teratur.

Menjalankan urusniaga secara professional dan tidak membenarkan premis perniagaan menjadi port lepak kawan-kawan. Jujur dan amanah dalam perniagaan. Dan yang paling penting sekali menitik beratkan aspek kebersihan dalam operasi perniagaan. Jika nilai-nilai ini anda terapkan, tidak mustahil anda boleh bergelar ‘Jutawan Dari Tepi Jalan’, InsyaAllah

Boleh dapatkan cara-cara untuk menjadi JUTAWAN dengan Bisnes Burger Tepi Jalan.
Share This

No comments:

Post a Comment

Designed By Blogger Templates