Bermaksud, kalau sudah pasarannya di tepi jalan, produk apa pun pasti akan berjaya. Jika dilihat di Malaysia, ada beberapa contoh bisnes tepi jalan yang berjaya antaranya Otai Burger di Kuala Lumpur, Burger 1957, Burger Nice, Burger Steam ‘n’ Grill dan lain-lain.
Namun apa yang ajaibnya ialah di Malaysia terdapat ramai penggemar burger tegar. Bagaikan tidak logik ada gerai burger kecil-kecilan di pinggir jalan boleh menjual 300 biji burger semalaman. Malahan jika dibandingkan dengan burger janama antarabangsa, rasa burger di tepi jalan sebenarnya lebih menepati citarasa masyarakat Malaysia. Dengan menawarkan kualiti produk yang bagus dan harga yang lebih murah, tentunya burger tepi jalan menjadi pilihan.
Walaubagaimanapun, usahawan burger yang menjadi pilihan ialah usahawan yang menjalankan perniagaan secara serius. Walaupun sama-sama berniaga di tepi jalan, usahawan yang betul-betul komited dengan perniagaannya mempunyai pendapatan berlipat kali ganda berbanding usahawan suka-suka.Usahawan serius biasanya menjalankan perniagaan secara teratur dan professional.

No comments:
Post a Comment